Dato' Usman Awang
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.
Usman lahir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 12 Julai 1929. Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.Senarai kandungan
1 Kerjaya
2 Penulisan
3 Sifat
4 Pautan luar
Kerjaya
Usman Awang kemudiannya menempuh kerjaya yang bermula sebagai seorang petani di Segamat kepada buruh paksa zaman pendudukan Jepun, sebagai budak pejabat kemudiannya, polis di era British. Daripada perkhidmatan inilah beliau diilhamkan menggunakan nama Tongkat Warrant.
Selepas berhenti daripada pasukan polis, Usman pembaca pruf di akhbar Melayu Raya, editor Utusan Zaman dan wartawan di Utusan Melayu pada 1952. Di sini Usman ikut terlibat dengan mogok Utusan di mana para wartawan membantah campur tangan kuasa politik dalam media.
Usman kemudiannya bekerja di Penerbitan Federal pada tahun 1962. Beliau kemudiannya ditawarkan berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sidang pengarang majalah Dewan Bahasa. Ini diikuti dengan tugasnya sebagai pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Beliau bersara dari DBP pada tahun 1985.
Penulisan
Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah:
Bunga Popi
Gadis Kecil
Ke Makam Bonda
Kekasih
Kurang Ajar
Pak Utih
Suara Dari Pusara
Dramanya yang terkenal ialah:
Matinya Seorang Pahlawan
Tamu Bukit Kenny
Serunai Malam
Malam Kemerdekaan
Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)
Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.
Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.
Sifat
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”
Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.